
Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:
- Buah Pertama
- Buah Kilas Belakang
- Buah Kidung Kiri
- Buah Hentak
- Buah Ali Patah Atas
- Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama
- Buah Selendang
- Buah Paras
- Keputusan Pasong Kemanga
- Buah Luncur
- Buah Siku Potong

Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang. Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:
- Keputusan Gayung Fatani
- Keputusan Sendeng Atas
- Buah Kuntau Jatuh
- Buah Gari
- Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua

Kaedah C adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 buah iaitu:
- Buah Kilas Hadapan
- Keputusan Terlak
- Keputusan Lintau

Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 2 buah iaitu:
- Buah Kuntau Kiri
- Buah Hempok